Monday, September 17, 2018

Baru-baru ini aku berpeluang pergi ke Melaka since ada cuti dan saja-saja aku nak hilangkan bosan. Aku pergi bertiga dan pulang dengan selamat secara bertiga juga. Nak kata plan tu tak juga, sebab ni more to unplanned sebenarnya. So that, here we go.

Aku takde banyak pun nak share, just untuk catatan aku saja. Alright, for first aku take bus from TBS, i think price dia only RM 10.40 for one person. Tak mahal, harga standard. Price ni dah termasuk SST tau!

Then bila sampai ke Melaka Sentral aku dah kebulur gila babi sebab before naik bas aku tak sempat makan and member aku pulak baru lepas turun hiking. Memang  kitorang lapar teruk, silap-silap kalau orang tegur pun aku gigit. Haa berani lah korang. So, dari Melaka Sentral aku pergi Claypot asam pedas yang famous tu. Aku take grab untuk pergi ke sana, Jalan Laksamana tempat Claypot tu. Itupun kawan aku yang suggetskan sebab situ memang famous and menjadi tumpuan orang ramai. Then after sampai situ, memang betul jadi tumpuan sebab aku tak nampak langsung meja yang kosong yang aku nampak kepala orang je duk menjamu selera.

                                                     Nasi Satu Set sekali Asam Pedas

                                                                 Asam Pedas Claypot

Kitorang pun terpaksa mundar mandir, tanya orang dah siap ke belum makan untuk kami reserved tempat tu. Seberang jalan tu pun ada kedai makan asam pedas juga, tak silap aku Asam Pedas Claypot Pokok Besar.  Pun penuh juga kat situ. Hampir pukul 9 malam aku baru boleh duduk dan makan otak-otak dulu yang diorang hidang atas meja sebab aku lapar. Adalah dua tiga orang budak duk bawa bakul jual jambu batu, korang rasa nak korang beli la. Harga yahudi la tapi, satu plastik tu rm5, kedai biasa boleh dapat rm2.


                                                               Jonker Walk Street

Lepas makan aku just jalan ke Jonkerwalk guna apps maps location, sebab dekat saja. Jangan risau sebab bukan kau saja yang jalan ke Jonkerwalk, berderet orang yang jalan sebab jalan jammed trafiic light banyak, Yeah you should know this is Malacca. Jalan sambil borak, aku pun sampai kat Jonkerwalk then suka hati korang la nak beli apa. Mostly kat sana orang cina jual makanan, so that aku tak beli. Lepas berjalan aku check in kat Mari-mari Guesthouse. Dorm share 6 orang, rm25 satu kepala. Bilik untuk dua orang rm70 semalaman.

                                                          Mari Mari Guesthouse

Second day, aku bangun pukul 12.30 tengahari then check out, terus aku pergi melantak kat Asam Pedas Pak Man. Pekena telur asam pedas dengan ayam golek dia, pergh sedap tapi orang ramai naharam sama macam claypot. Satu je reason sebab cuti. Dari Asam Pedas Pak Man aku berjalan untuk ke Dataran Pahlawan sebab aku malas naik grab, mengantuk take time 30minit padahal kalau jalan baru 15minit sebab jalan jammed.

                                                              Asam Pedas Pak Man

                                                                   Dataran Pahlawan

Sampai kat Dataran Pahlawan, aku snap gambar then blah sebab panas waktu tu. So aku pergi hunt bundle kat sana, aku pi labeljiqaen jalan pm4. Sebab aku tertarik dengan dia punya gambar kat ig. Balun la dua tiga helai baju kat sana, then aku check in kat Hollitel sebab situ murah. Satu bilik dua katil RM 60 semalam. Lepas dah mandi semua aku decide pergi ke Pantai Klebang. Sesampai kat
sana pun dah pukul 6 lebih, jalan jalan area situ then pergi round kat pasar malam Klebang tu beli makanan, pukul 9 aku take grab balik bilik mandi then keluar pergi berjalan satu bandar hilir, A Famosa, Stadhuys, cendol jam loceng, Kat Kapal, meriah gila tengok orang duk main beca aku tak naik pun sebab takleh naik tiga orang har har har. Naik sorang kan yang dua lagi menangis pulak. . Dah penat sangat pukul 2pagi baru sampai bilik. Semua jalan kaki sebab dah tahu jalan.

                                                                    Pantai Klebang
Bangunan Merah atau dikenali Stadthuys

Kapal di Muzium Samudera

So last day bangun pagi pi melahap roti canai kat jalan pm 2, berhampiran asam pedas jr 2. Lepas makan roti canai so aku jalan ke stadthuys then pergi muzium, i think aku sampai muzium pukul 8pagi kot. Explore dalam tu tempat bersejarah semua, lepastu aku keluar pukul 12. Pi Jonker 88 nak makan cendol tapi terpaksa berhingus beratur dan tunggu orang habis makan dulu baru boleh duduk, orang ramai namati macam tak pernah makan cendol sebab kat situ memang famous. Aku order cendol dua then Asam Laksa Baba Nyonya Kahwin dengan sape tah nama menu dia. Sedap okkkkkkkkkaaaay! Cendol dia pun superb so tak pelik orang sanggup tunggu lama. Makan cepat-cepat aku pi check out then kuar pi naik grab nak balik dah.

                                                                  Muzium Melaka

Menu di Jonker 88

                                                                         Jonker 88

Sampai kat melaka sentral check tiket semua dah habis, aku pun ber hu hu hu saja. So we take our bus at 7.00pm, kawan aku balik ke Negeri K pukul 8.00pm. Itulah padah sebab tak beli tiket pergi balik terus, Padan muka kami. Punya lama lagi aku nak tunggu pukul 7, kitorang decide pi tengok Munafik dulu kat Aeon Bandaraya Melaka. Dekat saja tak silap aku 17minit kot, grab dalam rm5.
So pi beli tiket, pukul 3.30pm masuk wayang layan Munafik. Pukul 5 lebih keluar pi makan boot noddle kejap lepastu aku take grab ke Melaka Sentral then bus dah standby tunggu situ. Aku naik bas dan terus tidur.

                                                              Aeon Bandaraya Melaka

Pukul 9 lebih aku sampai ke TBS, kami berpecah dan buat hala tuju masing-masing. Itulah pengalaman saya ke Melaka.

P/S: Nak makan better google dulu tempat sedap. Gambar aku ceduk from google.

Friday, November 17, 2017

Untuk siapa yang mengenali aku diorang tahu tahap mana kelemahan aku dan tahap mana pencapaian aku. Jika hendak dibentangkan disini betapa lemahnya aku, sudah tentu entri ini bakal berakhir dengan dot dot dot sahaja. Kerana aku bukanlah seorang yang sangat rajin menulis, waima untuk menaip ini pun aku sempat ulang alik ke jamban sebanyak lima kali, basuh mangkuk di dapur dan bancuh coffee sambil menikmati movie Flicked. Begitulah gambaran betapa pemalasnya aku.

So, aku nak bagitahu yang tiap manusia tu ada kelemahan dia sendiri dan korang pun tahu kan yang kelemahan ni dia akan berjalan seiringan dengan kelebihan, Jadi, jangan khuatir sedara you will be okay. All is well. Kau kena sedar dimana kelemahan kau dan dimana kelebihan kau, mungkin ada bakat kau yang terselit tanpa kau sedar sebab bakat ni biasanya kau tak akan tahu melainkan orang akan tegur kau "Eh, eh aku tengok kau ada bakat dowh dalam buat benda ni". And yes, time tu baru kau sedar yang kau bukanlah manusia yang tak berguna langsung. Just you don't know your flaws make you strength. You are strong when you know your weaknesses. You are beautiful when you appreciate your flaw. You are wise when you learn from mistakes.

Aku tahu mesti korang rasa down if you do something dan benda tu tak berhasil atau tak berjaya. C'mon, aku bukanlah nujum pak belalang but aku pernah rasa semua tu. Aku punya down dulu after PMR aku langsung tak capai apa yang aku nak. But, aku takdelah stress lepas tahu yang aku buat orang mengalir air mata hanya sebab aku. Its so hurting bila kau dah dewasa and kau ingat balik how it feel, kau akan mula belajar how not to be someone cry because of you. Ianya air mata kesedihan, kalau airmata kegembiraan aku tak kisah. Menangis lah sampai keluar airmata darah sekalipun sikit aku tak hairan, aku bakal record lagi adalah, Bukan biasa-biasa.

Chill up, boy girl! Wake up! Sekali kau buat tak semestinya terus menjadi. Kau perlu belajar sabar dan sabar. Kau perlu yakin kalau kau terus buat something without give up kau akan peroleh hasilnya even benda tu datang lambat but kau boleh rasa puas hati because you know you do the best. Tak usah lah aku panjangkan bebelan ini lagi, yang aku nak tahu korang jangan give up walaupun dunia bakal roboh sekalipun.

Sinilah aku kasi kau tips kalau kau rasa give up maybe kau boleh practise benda ni kat rumah atau kat mana kau suka. Bila kau rasa useless, kau tariklah nafas panjang dan heret tangan bestfriend kau singgah mana-mana tempat makan dan makan lah sepuas hati kau. Kalau kau perlu tambah, tambah saja usah risau mata-mata yang pandang kau. Depa tak rasa apa yang kau rasa. Kalau tak cukup duit, hutang duit member kau dulu. Tapi jangan lupa bayar. Kang merangkak kau kat Padang Masyar nanti.

And second, kalau benda tu tak berhasil jugak. Kau balik rumah, kau kelebek diri kau depan cermin dan katakanlah bahawa aku tersangat handsome/cantik bahkan tiada siapa yang boleh melawan kecantikan aku waima puteri raja sekalipun... Kahkahkah, aku rasa pecah cermin tu nanti. Dasar tak sedar diri. Orait, Kau ambil langkah pertama kau berdiri depan cermin sedekat mana yang boleh bagi nampak the whole body kau, and kau pandang cermin, Fokus part muka kau. Pandang anak mata kau dalam cermin dan kaborlah

'Aku tau aku kuat pasal aku bukan hat jenis mudah patah semangat. Aku tahu aku cantik pasai aku tahu ada orang lagi buruk dari aku. Aku bukan jenis pengecut pasal aku hidup di dunia realiti bukan di dunia Narnia. Aku seorang yang pencinta pasai aku tak suka pada kebencian. Aku boleh gelak sepuas hati pasal aku bukanlah dari golongan orang yang sendu.'

Dan menangis la sepuas hati hang nak. Lepastu kau percayalah cakap aku, you will feel better.

Third, bila kau rasa diri terlalu lemah. Dan tak terdaya untuk ke jamban sekalipun, muka ibarat ayam dikepung tungau. Kau carilah mana bestfriend kau yang boleh dipercayai yang boleh kau cerita apa masalah yang kau down/stress tu. Biasanya kawan yang masuk air jenis boleh dipakai kalau waktu cenggini, kalau kawan kau yang jenis kaki selfie tu takyah la kau cerita kat dia nanti kau jugak yang bengang kau syok duk cerita dia sibuk duk ambil gambor nak upload dalam instagrem. Cari kawan yang berkuantiti dan kau share dengan dia, tanya opinion dari dia apa kau patut buat. Kalau kat rumah, elok la kau keluar pergi bersiar tengok wayang. Jangan terperuk bila kau ada masalah. Kalau kau boleh take a holiday, kau pergi. Pergilah mana tempat yakni yang boleh bagi kau ketenangan.


And i know mesti korang akan mengata aku sebab aku tak listkan solat and another yang berkaitan dengan jiwa kerohanian kan. Kau sendiri pun dah fasih bab tu, aku bukanlah orang alim untuk suruh kau solat everytime kau stress. Biasa orang la ni kalau stress pun depa layan Steve Aoki. Benda gini dia mai dengan sendiri, bila kau sedih atau ada masalah kau terus ingat Tuhan. Kau solatlah, kau mengaji lah. Kau buat lah apa yang patut yang kau tahu.

Janganlah sesekali aku cederekan diri kau dan make a stupid things. Ianya tak boleh solvekan masalah kau pun. Lagi tambah beban adalah. Kalau kau tak fikir pasal diri kau, kalau dah tak sayang diri kau. Kau kena tahu yang orang sekeliling masih perlukan kau, masih sayangkan kau, masih ambil berat pasal kau, masih bertanyakan hari-hari indah kau, masih berharap yang kau akan jadi yang terbaik untuk dia.

We never know that we are the most important person in a person's life. We never know that we are people who always become dreams and incentives for others. Do whatever you wanna do, leave everything you wanna leave. Hidup ini hanyalah sebuah persinggahan.