So, aku nak bagitahu yang tiap manusia tu ada kelemahan dia sendiri dan korang pun tahu kan yang kelemahan ni dia akan berjalan seiringan dengan kelebihan, Jadi, jangan khuatir sedara you will be okay. All is well. Kau kena sedar dimana kelemahan kau dan dimana kelebihan kau, mungkin ada bakat kau yang terselit tanpa kau sedar sebab bakat ni biasanya kau tak akan tahu melainkan orang akan tegur kau "Eh, eh aku tengok kau ada bakat dowh dalam buat benda ni". And yes, time tu baru kau sedar yang kau bukanlah manusia yang tak berguna langsung. Just you don't know your flaws make you strength. You are strong when you know your weaknesses. You are beautiful when you appreciate your flaw. You are wise when you learn from mistakes.
Aku tahu mesti korang rasa down if you do something dan benda tu tak berhasil atau tak berjaya. C'mon, aku bukanlah nujum pak belalang but aku pernah rasa semua tu. Aku punya down dulu after PMR aku langsung tak capai apa yang aku nak. But, aku takdelah stress lepas tahu yang aku buat orang mengalir air mata hanya sebab aku. Its so hurting bila kau dah dewasa and kau ingat balik how it feel, kau akan mula belajar how not to be someone cry because of you. Ianya air mata kesedihan, kalau airmata kegembiraan aku tak kisah. Menangis lah sampai keluar airmata darah sekalipun sikit aku tak hairan, aku bakal record lagi adalah, Bukan biasa-biasa.
Chill up, boy girl! Wake up! Sekali kau buat tak semestinya terus menjadi. Kau perlu belajar sabar dan sabar. Kau perlu yakin kalau kau terus buat something without give up kau akan peroleh hasilnya even benda tu datang lambat but kau boleh rasa puas hati because you know you do the best. Tak usah lah aku panjangkan bebelan ini lagi, yang aku nak tahu korang jangan give up walaupun dunia bakal roboh sekalipun.
Sinilah aku kasi kau tips kalau kau rasa give up maybe kau boleh practise benda ni kat rumah atau kat mana kau suka. Bila kau rasa useless, kau tariklah nafas panjang dan heret tangan bestfriend kau singgah mana-mana tempat makan dan makan lah sepuas hati kau. Kalau kau perlu tambah, tambah saja usah risau mata-mata yang pandang kau. Depa tak rasa apa yang kau rasa. Kalau tak cukup duit, hutang duit member kau dulu. Tapi jangan lupa bayar. Kang merangkak kau kat Padang Masyar nanti.
And second, kalau benda tu tak berhasil jugak. Kau balik rumah, kau kelebek diri kau depan cermin dan katakanlah bahawa aku tersangat handsome/cantik bahkan tiada siapa yang boleh melawan kecantikan aku waima puteri raja sekalipun... Kahkahkah, aku rasa pecah cermin tu nanti. Dasar tak sedar diri. Orait, Kau ambil langkah pertama kau berdiri depan cermin sedekat mana yang boleh bagi nampak the whole body kau, and kau pandang cermin, Fokus part muka kau. Pandang anak mata kau dalam cermin dan kaborlah
'Aku tau aku kuat pasal aku bukan hat jenis mudah patah semangat. Aku tahu aku cantik pasai aku tahu ada orang lagi buruk dari aku. Aku bukan jenis pengecut pasal aku hidup di dunia realiti bukan di dunia Narnia. Aku seorang yang pencinta pasai aku tak suka pada kebencian. Aku boleh gelak sepuas hati pasal aku bukanlah dari golongan orang yang sendu.'
Dan menangis la sepuas hati hang nak. Lepastu kau percayalah cakap aku, you will feel better.
Third, bila kau rasa diri terlalu lemah. Dan tak terdaya untuk ke jamban sekalipun, muka ibarat ayam dikepung tungau. Kau carilah mana bestfriend kau yang boleh dipercayai yang boleh kau cerita apa masalah yang kau down/stress tu. Biasanya kawan yang masuk air jenis boleh dipakai kalau waktu cenggini, kalau kawan kau yang jenis kaki selfie tu takyah la kau cerita kat dia nanti kau jugak yang bengang kau syok duk cerita dia sibuk duk ambil gambor nak upload dalam instagrem. Cari kawan yang berkuantiti dan kau share dengan dia, tanya opinion dari dia apa kau patut buat. Kalau kat rumah, elok la kau keluar pergi bersiar tengok wayang. Jangan terperuk bila kau ada masalah. Kalau kau boleh take a holiday, kau pergi. Pergilah mana tempat yakni yang boleh bagi kau ketenangan.
And i know mesti korang akan mengata aku sebab aku tak listkan solat and another yang berkaitan dengan jiwa kerohanian kan. Kau sendiri pun dah fasih bab tu, aku bukanlah orang alim untuk suruh kau solat everytime kau stress. Biasa orang la ni kalau stress pun depa layan Steve Aoki. Benda gini dia mai dengan sendiri, bila kau sedih atau ada masalah kau terus ingat Tuhan. Kau solatlah, kau mengaji lah. Kau buat lah apa yang patut yang kau tahu.
Janganlah sesekali aku cederekan diri kau dan make a stupid things. Ianya tak boleh solvekan masalah kau pun. Lagi tambah beban adalah. Kalau kau tak fikir pasal diri kau, kalau dah tak sayang diri kau. Kau kena tahu yang orang sekeliling masih perlukan kau, masih sayangkan kau, masih ambil berat pasal kau, masih bertanyakan hari-hari indah kau, masih berharap yang kau akan jadi yang terbaik untuk dia.
We never know that we are the most important person in a person's life. We never know that we are people who always become dreams and incentives for others. Do whatever you wanna do, leave everything you wanna leave. Hidup ini hanyalah sebuah persinggahan.


No comments:
Post a Comment